Monday, 7 November 2011

Al-Hijab (2011) DVDRip/AVI/RMVB


Sinopsis Filem Al-Hijab

Al-Hijab mengisahkan Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya.

Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.

Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan.

Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?

Pelakon filem Al-Hijab: Pierre Andre,Fathia,Maimon Mutalib,Nor Albaniah,Aziz M.Osman,Khir Mohd Noor


AVI LINK (700MB)

DVDRip MKV (290MB)
 
RMVB LINK (222MB)
 

Soffiya - Update Episod 26


Drama Soffiya menggantikan drama Kasih Alia di Slot Akasia tv3. Drama Soffiya sebanyak 28 episod ini akan ditayangkan mulai  21 September 2011, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam.  Drama bersiri Soffiya arahan Joeza Rasidi dan diterbitkan oleh Filmscape Sdn. Bhd ini menggandingkan barisan pelakon yang hebat dengan Tiz Zaqyah sebagai peneraju utama. Sinopsis dan Pelakon Soffiya:
PELAKON SOFFIYA
Tiz Zaqyah (Soffiya)
Fizo Omar (Ilyas)
Izara Aishah (Fiona)
Azhar Sulaiman (Kamal)
Syazwan Zulkifli

SINOPSIS SOFFIYA

Drama Soffiya mengisahkan seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan. Selepas satu kejadian hitam, rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung.

Nasib buruk terus mengikuti Soffiya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di dalam penjara.
Soffiya baru mula mengenal erti cinta, namun dia terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negara. Kemudian, Soffiya berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang. Ketabahan Soffiya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri.

Saksikan bagaimana Soffiya mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya dalam Drama Soffiya, drama baru di Slot Akasia tv3.



EPISOD 1

EPISOD 2

EPISOD 3

EPISOD 4

EPISOD 5

EPISOD 6

EPISOD 7

EPISOD 8

 EPISOD 9

EPISOD 10

EPISOD 11

EPISOD 12

EPISOD 13

EPISOD 14

EPISOD 15

EPISOD 16

EPISOD 17
CREDIT:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More